Tuesday 26 April 2011

NATIONAL DEFENCE!!!..HIDDEN IDENTITY!!!

Assalamulaikum...post kali ni agak merbahaya jgk,,,sbb melibatkan kerahsiaan negara...tapi aku post sebab bangga,,negara kita yg konon2 lekeh..ada skuad penggempur elit yg dikagumi di dunia....lanun kt teluk eden pun cabut lari tgk bot depa...hahaha...

jom aku perkenalkan kat korang PASUKAN2 ELIT MALAYSIA!!!




pasukan khas TLDM(Angkatan tentera Malaysia)




Briged 10 PARA(Angkatan tentera Malaysia)




pasukan Khas TUDM(Angkatan tentera Malaysia)




Trup Tindakan Cepat(jabatan Penjara Malaysia )




Komando 69(Polis Diraja Malaysia)




Grup Gerak Khas(Angkatan tentera Malaysia)



amacam..nampak gempak kan depa smua ni..tujuan diorang satu je..MEMPERTAHANKAN BUMI MALAYSIA DARI ANCAMAN2 LUAR...jom kita citer pasal latihan diorang..untuk jadi seorang anggota elit..fizikal & mental konpem kena kuat..sesuai dengan slogan yang terpapar di pintu masuk kem pusat latihan peperangan khusus(PULAPAK) sg udang melaka..DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG..



cam gerun jugak kan bunyinye..jom kite tengok macam mana pemilihan seorang KOMANDO..untuk mengelakkan kebosanan..aku dah ringkaskan ikut kategori..



>KEMAHIRAN(seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan,isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan laut,Latihan payung terjun,Latihan tempur jarak dekat (CQC)Latihan penerjun bebas (HALO/HAHO),Kursus penembak tepat)



>FIZIKAL(Larian jarak jauh 76km,Jalan lasak/laju 25km Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi 138km,berkayak dengan kanu sejauh 20km ,Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km )..





>MENTAL(pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih tidak dibenarkan mandi. Makanan tidak sempurna, tetapi berkhasiat,Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lain-lain...



>IKHTIAR HIDUP(dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya...Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.



haaa..amacam best x diorang punye latihan..konpem balik kem ni mesti depa tido 3 hari 3 malam x bangun2..hahaha..gurau je..